
Selamat Tinggal Hubby ....

Hari Terakhir di Kuala Terengganu....

MAU KAWIN

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.
Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan abah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abah ini, amin.
Tolong lembutkan hati mereka

Jawapan yang di berikan ustaz ckup melegakan aku ..... ini bermakna mimpi tersebuat hanyalah mainan tidur bukan sebarang petanda ... ingin bertanya kan lebih lanjut ... tpi aku tau ustaz sukar menjawab soalan kerana page fb dye terlalu banyak soalan yang di acukan ... jadi aku mati kan niat untuk bertanya lagi .. mungkin masa akan datang aku akan cuba tanyakan lagi soalan-soalan tentang masalah yang sedang aku alami saat ini...
Aku rasa bersalah bila aku niat untuk meninggalkan hubby ! hubby ,, maafkan syg kerana berfikiran begitu .. sedangkan hubby bermati-matian mempertahankan syg selama ini ... pengorbanan hubby terlalu besar .. hubby sanggup kehilangan family sendiri semata-mata mempertahankan cinta kita ini ... terima kasih hubby atas pengorbanan ini ....
Semalam hubby call aku .... terasa bersalah dalam diri .. lantas aku menanyakan pada hubby .. adakah dye menyayangi aku ... jawapannya...ya ! terlalu menyanyangi ... tidak terkira katanya ....Alhamdulillah .... rasa syg itu tak pernah berkurang ...
Ya Tuhan .... Tolong lembutkan hati mereka...untuk menerimaku seadanya...kerna aku tak sanggup,,kerna aku tak mampu hidup tanpa dia di sisi ku ..... Tuhan, aku tahu banyak dosaku,hanya ingatkan kamu kala dukaku, namun hanya kamu yang mampu membuka pintu hatinya untuk CINTAKU ..... Ya Tuhan ... murahkan lah rezeki buat kami ... agar segalanya dapat dipercepatkan ...amin ....
DURI DALAM DAGING.

MUSLIMAH

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya
Apapila teruna mendekatinya selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah.
Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya.
Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan-angan.
TETAPI SEORANG...
*Muslimah*
Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak dr panah syaitan.
Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.
Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.
Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.
Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari.








♥ The OwneR ♥
D.o.B : 1 juLy 1991
Taken by :Mr.Asyraf









Hubby im coming ......