MAU KAWIN


Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Janganlah bersusah hati kalau dia ingin berkahwin, kerana pernikahan itu membuka seribu pintu rezeki. Perkahwinan atas nama Islam, sudah pasti akan diredhai Allah.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Janganlah dihalang keinginannya, kerana Allah sudah berjanji, barangsiapa berkahwin keranaNya pasti akan dipermudah segala urusan.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan sesekali risau pasal pelajaran, kerana ia takkan pernah berhenti. Hatta sampai ke mati sekalipun, ilmu takkan pernah habis dicari.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Walaupun dia belum bekerja, bukan bermaksud dia tidak boleh menyara bakal isterinya. Sudah tercatat di dalam Quran, orang miskin sekalipun pasti akan dimampukan oleh Allah lepas berkahwin.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan risau anakmu dapat bayi atau tidak. Nikah itu sendiri bukan jaminan untuk dapat bayi, kerana semua itu adalah kerja Allah. Lagipun anakmu itu sudah ada perancangannya yang tersendiri.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Berkahwin itu menghalang maksiat. Daripada dia melihat perempuan di sana sini, lebih baik dia melihat isterinya saja. Dapat pahala lagi.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Dengan berkahwin, anakmu akan jadi lebih bersemangat, bila ada kekasih yang selalu setia memberi dorongan. Kerja juga menjadi lebih produktif.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Percayalah yang dia sudah bersedia untuk bertanggungjawab. Jika ditanya mana-mana suami isteri pun, sudah pasti tiada yang mengatakan mereka berkahwin sekadar suka-suka.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Jangan dilihat kematangan pada usia, tapi lihatlah pada peribadi dirinya. Jika dia sudah bersedia menjadi pemimpin, maka benarkanlah dia jadi pemimpin kepada isterinya pula.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Ilmu agamanya sedikit cuma, tapi tiada pernah berhenti mencari ilmu. Maka doakanlah supaya dia dapat menjadi seorang lelaki yang lebih soleh.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Usia remajanya mengajar seribu erti kehidupan. Kini sudah sampai masanya untuk anakmu melangkah ke alam dewasa pula, bagi meraih lebih banyak pengalaman.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Semua ini hanyalah keinginan anakmu saja. Namun kiranya tiada dipersetujui, anakmu terima sepenuh hati. Kerana dia juga tahu, bagaimana untuk menghormati keputusan kedua orang tuanya.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Andai kiranya kalian bersetuju ingin mendapat anak menantu, maka izinkanlah anakmu ini mencari calonnya. InsyaAllah, bukan calon isteri yang dicari, tapi calon ibu kepada cucumu yang akan dicari.

Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Apa pun jua keputusan dipilih, semoga Allah sentiasa memberkati. Dan semoga pilihan itu adalah yang terbaik. Sama-samalah kita berharap kepadaNya.



Duhai mak dan abah, anakmu ini mau kahwin. Tapi apakan daya dia hanya mampu menulis untuk meluah isi hati. Andai isi hati anakmu ini dapat dibaca dan difahami oleh mak dan abah, alangkah bagusnya. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan anak mak dan abah ini, amin.
 

Tolong lembutkan hati mereka


Begitu ramai yang meminta untuk aku lupakan hubby .... katanya tidak mahu aku menderita lagi masa akan datang .. mana mungkin aku akan bahagia jika layanan dari family hubby seburuk ini terhadap aku ... terima kasih kawan-kawan yang begitu mengambil berat tentang masalah yang aku hadapi saat ini .....

Sebelum aku cuba melupakan hubby ... aku ade bertanya kepada ustaz yang agak tersohor pada waktu ini ... aku menyuarakan soalan berkaitan mimpi-mimpi yang pernah aku ceritakan sebelum ini pada laman blog ini ... alhamdullilah ... mendapat balasan dari untaz ...


 Jawapan yang di berikan ustaz ckup melegakan aku ..... ini bermakna mimpi tersebuat hanyalah mainan tidur bukan sebarang petanda ... ingin bertanya kan lebih lanjut ... tpi aku tau ustaz sukar menjawab soalan kerana page fb dye terlalu banyak soalan yang di acukan ... jadi aku mati kan niat untuk bertanya lagi .. mungkin masa akan datang aku akan cuba tanyakan lagi soalan-soalan tentang masalah yang sedang aku alami saat ini...

Aku rasa bersalah bila aku niat untuk meninggalkan hubby ! hubby ,, maafkan syg kerana berfikiran begitu .. sedangkan hubby bermati-matian mempertahankan syg selama ini ... pengorbanan hubby terlalu besar .. hubby sanggup kehilangan family sendiri semata-mata mempertahankan cinta kita ini ... terima kasih hubby atas pengorbanan ini ....

Semalam hubby call aku .... terasa bersalah dalam diri .. lantas aku menanyakan pada hubby .. adakah dye menyayangi aku ... jawapannya...ya ! terlalu menyanyangi ... tidak terkira katanya ....Alhamdulillah .... rasa syg itu tak pernah berkurang ...

Ya Tuhan .... Tolong lembutkan hati mereka...untuk menerimaku seadanya...kerna aku tak sanggup,,kerna aku tak mampu hidup tanpa dia di sisi ku ..... Tuhan, aku tahu banyak dosaku,hanya ingatkan kamu kala dukaku, namun hanya kamu yang mampu membuka pintu hatinya untuk CINTAKU ..... Ya Tuhan ... murahkan lah rezeki buat kami ... agar segalanya dapat dipercepatkan ...amin ....

DURI DALAM DAGING.


Ya ALLAH .... dugaan apa lagi kali ini ? kenapa org tak henti-henti mencari silap aku? kenapa semua org hanya berpura-pura dan sekadar mengambil kesempatan di atas kebaikan yang aku berikan? kenpa? bila hati aku akan hidup tenang? kenapa msalah sering saja menghampiri aku?

Ku sangkakan panas sampai ke petang... rupanya?hujan di tengah hari .... begitulah yang aku harapkan pasa insan yang telah ku anggap sebagai SAHABAT ! rupanya aku silap memilih lagi kali ini ... baru semalam aku update blog tentang dye . tentang insan yang aku anggap sebagai sahabat itu .... tapi hari ni segalanya punah !

Aku di anggap seorg yang cemburu ! dengki denga apa yang dye miliki ! tuduhan apa lagi kali ini YA TUHAN? aku tidak pernah cemburu akan apa yang kamu miliki... kemewahan yang kamu ada bukan itu yang aku cemburu .... tapi... aku cemburu melihat kamu kini bersatu dengan insan pilihan hati kamu sendri.... sedangkan aku dalam masalah yang tidak henti2.... itu cuma ... tiada lain ..... 

Tapi knpa? knpa kamu sanggup ceritakan dekat sume org yang aku cemburu akan segala kejayaan kamu? aku sangka kamulah insan yang bisa mendengar segala keluh kesah diri aku ... tempat mengadu sgala duka lara .. tempat bergelak tawa . tapi???

Bila aku baca apa yang dipost di status fb ... hati aku mengis ! mengis bila insan yg sudah aku anggap bagai teman karib snggup mengutuk aku demikian ... jadikan aku bahan tertawa mereka .... hati bagaikan hancur... kini aku sedar .... manusia itu rmai yang bertopeng ... tidak semua org yang baik dengan kita turut baik di belakang kita .... berhati-hatilah dlm memilih kawan ...bimbang takut silap pilih lawan .... moga kebenaran itu akan sentiasa ada .. amin .. 

MUSLIMAH




*Perempuan*

Apabila teruna memerhatikannya,
Perempuan akan membalas renungan matanya

Apapila teruna mendekatinya selangkah,
Perempuan datang berpuluh langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Perempuan lemah dalam pangkuannya.

Apabila teruna memberi harapan,
Perempuan hanyut dalam angan-angan.

TETAPI SEORANG...

*Muslimah*

Apabila teruna memandang nya,
Muslimah tunduk mengelak dr panah syaitan.

Apabila teruna mendekatinya selangkah,
Muslimah berundur beribu langkah.

Apabila teruna memujuk rayu,
Muslimah anggap itulah kalimah iblis.

Apabila teruna menutur harapan indah,
Muslimah yakin janji-Nya lebih bahagia di sana.

Kerana Muslimah mengerti dan menyedari..
Akan erti maruah peribadi sejati
Yang diselaputi iman yang hakiki
Yang tidak mudah dicemari.